ANALISIS CIRI-CIRI
KARYA AGUNG MODEN DALAM NOVEL SALINA
KARYA A. SAMAD SAID
Mohd Rusdi Samsuddin, Siti Fairus Ahmad,
Fatimah Hikmah Saipul Anuar,
NorHidayahwati Salim, dan Noor Hazimah
Zainuddin
1.0Latar Belakang
Novel
Salina ini merupakan sebuah novel yang telah ditulis oleh pengarang yang
tersohor iaitu A. Samad Said. Novel Salina ini sememangnya menceritakan tentang
persoalan daripada kesan perang dunia kedua yang dirasai oleh masyarakat.
Keistimewaan
novel Salina ini semamangnyta sebuah novel Melayu yang paling berhasil dan
tidak dapat di sangkal lagi. Ramai pengkaji atau pengkritik sastera menyatakan
bahawa novel ini memiliki mutu penciptaan novel yang bertaraf antarabangsa.
Novel ini mengisahkan kehidupan sebahagian daripada mangsa-mangsa Perang Dunia
Kedua di sebuah perkampungan kecil di Singapura yang bernama Kampung Kambing.
Antara mangsa yang mengalami perubahan kehidupan dalam cerita ini ialah pada
watak Salina yang merupakan seorang anak yang datang daripada keluarga yang
kaya dan berada. Namun, disebabkan oleh Perang Dunia Kedua yang memusnahkan
segala harta benda dan ahli keluarganya menyebabkan dirinya tinggal sehelai
sepinggang dan perlu bekerja sebagai pelayan bagi menyara kehidupannya.
Kekuatann
novel Salina terletak pada kemampuan pengarangnya memberikan pelukisan yang
terperinci dan hidup terhadap watak yang terlibat dengan peristiwa serta
suasana yang melingkunginya. Ini berjaya dilakukan oleh adanya penggunaan
teknik yang berkesan dalam aspek-aspek dialog, lintasan kembali dan imbas muka.
Dialog diadakan untuk berfungsi dalam pelbagai hal iaitu untuk membina plot,
memberntuk fikiran dan sikap watak serta menonjolkan tema.
Peristiwa-peristiwa
pula terbina dan tersusun dalam cara yang penuh denganm daya ketegangan melalui
penggunaan teknik-teknik lintasan kembali dan imbas muka yang silih berganti.
Dalam monolog dalaman yang turut diturutkan, terdedah dengan adanya peribadi
dan konflik watak di samping membina peristiwa-peristiwa tertentu yang dialami
watak.
Demikianlah
maka novel Salina dikatakan sebagai memberikan arah terbaru dalam perkembangan
yang pelbagai dalam teknik-teknik moden dan novel ini berhasil memperlihatkan
sesuatu perubahan dan penyimpangan yang radikal terhadap struktur penciptaan
novel-novel Melayu.
2.0 Sinopsis
Novel ini berlatarbelakangkan sebuah kampung yang
diberi nama Kampung Kambing. Antara penghuninya yang tinggal di kampung ini
ialah Siti Salina dan kekasihnya Abdul Fakar, Hilmy dan ibunya, Kadijah, Zarina,
seorang janda serta anak tirinya iaitu Nadihah, Mansur dan Sunarto, anak yang
dipungut oleh arwah bapa Nadihah, serta Haji Karman. Latar tempat dalam novel
ini ialah di Singapura. Tempat ini digelar Kampung Kambing kerana penduduk di
kampung ini tinggal di kandang kambing yang disewakan oleh seorang lelaki india
yang bernama Kurupaya. Salina adalah seorang pelacur yang menyara dan
memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja dan sering meminta duit daripada
Salina untuk pergi berjoget dan minum arak.
Abdul Fakar seorang yang suka mabuk, gila
perempuan dan suka memukul Salina. Walaupun di pukul, Salina tetap menyayangi
Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya yang
mati dalam peperangan iaitu Muhammad Yusuf. Salina asalnya adalah anak orang
kaya. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya perang dan keluarganya terkorban,
dia terpaksa menjadi pelacur untuk menyara kehidupan seharian. Hilmy, seorang
remaja yang masih bersekolah sering mendapat bantuan kewangan daripada Salina
untuk membeli buku dan ubat untuk ibunya yang sering sakit. Bantuan ini
dilakukan tanpa pengetahuan Abdul Fakar. Ibu Hilmy, Kadijah, banyak menasihati
Salina supaya menyimpan wang untuk masa depan kerana Abdul Fakar tidak boleh
diharapkan.
Kisah dalam novel ini juga banyak menyentuh tentang
Nadihah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan tanpa kemahuannya.
Ini disebabkan Sunarto gagal memberikan wang perbelanjaan yang cukup kepada
Zarina. Walaupun Sunarto sering dihalau di hadapan penduduk kampung berkali-kali,
Sunarto enggan keluar daripada rumah kerana dia tidak mahu meninggalkan Nadihah
yang sering di usik oleh Abdul Fakar. Abdul Fakar pernah membuat perkara
sumbang terhadap Nadihah. Namun, Salina tidak mengetahuinya, begitu juga dengan
Zarina, ibu tiri Nadihah. Hilmy kemudiannya jatuh cinta terhadap Nadihah semasa
dia mengikuti kursus latihan tentera. Mereka jatuh cinta apabila sering
berbalas surat. Hilmy meminta Nadihah membacakan surat untuk ibunya kerana ibu
Hilmy buta huruf.
Persahabatan antara Nadihah dan Hilmy tidak di ketahui
oleh sesiapa. Dalam masa yang sama, Abdul Fakar sering mengapi-apikan Zarina
supaya menghalau Sunarto keluar rumah. Dengan itu, dia lebih mudah merapati
Nadihah. Sunarto ialah satu-satunya batu penghalang kepada niat buruk Abdul
Fakar terhadap Nadihah. Zarina yang termakan fitnah Abdul Fakar sering
menghalau Sunarto dan Mansur. Zarina menghalau Mansor, abang Nadihah kerana dia
tidak mempunyai sebarang pekerjaan walaupun puas mencari. Akhirnya, Mansur lari
dan memasuki tentera. Tinggallah Nadihah. Satu malam, Nadihah telah di culik
oleh Abdul Fakar atas arahan Cik Salim, seorang lelaki yang gilakan Nadihah.
Sebelum ini Nadihah telah banyak kali menolak permintaan Cik Salam untuk duduk
di pangkuannya dan melayan dia.
Nadihah mabuk pada suatu hari dan telah di nodai. Dia
lari meninggalkan Singapura dan tidak berapa lama kemudian berkahwin dengan
seorang buruh. Hilmy sedih kerana kehilangan Nadihah. Salina pula melarikan
diri ke Kelantan untuk melupakan Abdul Fakar kerana Abdul Fakar telah
menghalaunya keluar dari rumah sedangkan rumah itu adalah rumah Salina. Abdul
Fakar gilakan seorang perempuan joget. Ibu Hilmy meninggal dunia akibat sakit.
Hilmy pula tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan wang . Tidak lama
kemudian, Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi diberitahu oleh
Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura.
Abdul Fakar belayar kembali kerana dia gagal mencari
Salina. Dia baru mengetahui bahawa Salina betul-betul sayangkan dia setelah di
tipu oleh perempuan joget. Hilmy kembali ke Singapura untuk bertemu Salina.
3.0 Aspek yang dianalisis.
Sesebuah hasil karya kesusasteraan mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri sehingga mampu diangkat sebagai sebuah karya
agung. Tidak semua karya kesusasteraan yang dihasilkan dapat diangkat sebagai
sebuah karya yang bertaraf karya agung. Oleh yang demikian, penelitian
ciri-ciri karya kesusasteraan ini akan dikhususkan dalam aspek pemikiran dalam
karya moden, nilai budaya dan pandangan hidup dalam karya agung, nilai ilmu
dalam karya moden dan teknik kepengarangan dan seni bahasa dalam karya moden.
Aspek-aspek ini akan dilihat dalam Novel Salina yang ditulis oleh A. Samad Said
seperti berikut:
3.1
Pemikiran
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:411), pemikiran dapat didefinisikan
sebagai perihal berfikir. Dalam bidang sastera pula, pemikiran ini selalunya
dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah
oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas.
Secara mudahnya, pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema dan
persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain itu, pemikiran
juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada
pembaca dalam sesebuah karya. Pemikiran dalam Novel Salina ini telah diskopkan kepada beberapa bahagian
yang lebih kecil yang merangkumi pemikiran kesempitan hidup dalam meneruskan
kehidupan akibat tragedi Perang Dunia Kedua, eksploitasi golongan kaya terhadap
golongan miskin, kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus manusia
terhadap kebahagiaan duniawi dan kehidupan bersama dan sikap bantu-membantu
bagi golongan yang memerlukan.
1.
Kesempitan hidup dalam meneruskan kehidupan akibat tragedi Perang Dunia
Kedua
Perang Dunia Kedua sememangnya memberikan kesan yang
sangat
besar dalam jiwa masyarakat dunia. Bagi masyarakat Singapura, peperangan yang berlaku antara Jepun dengan Singapura memberikan kesan yang mendalam di mana pengakhiran peperangan tersebut menunjukkan bahyawa Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Hal ini menyebabkan rakyat Singapura hidup dalam keadaan kedaifan dan segala harta benda dan kekayaan yang mereka peroleh telah musnah akibat daripada peperangan yang terjadi. Berdasarkan novel Salina yang ditulis oleh A. Samad Said, pengarang berjaya menunjukkan kedaifan dan kesempitan hidup yang dialami oleh masyarakat Singapura selepas peperangan terjadi. Pada ketika itu, rakyat Singapura tinggal sehelai sepinggang dan mencari rumah sebagai tempat mereka untuk berlindung memandangkan rumah yang mereka diami hancur ekoran daripada peristiwa hitam itu. Situasi kesempitan hidup ini telah dibuktikan oleh pengarang novel Salina dalam teks yang berikut:
besar dalam jiwa masyarakat dunia. Bagi masyarakat Singapura, peperangan yang berlaku antara Jepun dengan Singapura memberikan kesan yang mendalam di mana pengakhiran peperangan tersebut menunjukkan bahyawa Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Hal ini menyebabkan rakyat Singapura hidup dalam keadaan kedaifan dan segala harta benda dan kekayaan yang mereka peroleh telah musnah akibat daripada peperangan yang terjadi. Berdasarkan novel Salina yang ditulis oleh A. Samad Said, pengarang berjaya menunjukkan kedaifan dan kesempitan hidup yang dialami oleh masyarakat Singapura selepas peperangan terjadi. Pada ketika itu, rakyat Singapura tinggal sehelai sepinggang dan mencari rumah sebagai tempat mereka untuk berlindung memandangkan rumah yang mereka diami hancur ekoran daripada peristiwa hitam itu. Situasi kesempitan hidup ini telah dibuktikan oleh pengarang novel Salina dalam teks yang berikut:
“ Sebanyak lima puluh ringgit telah didahulukan sebagai wang kopi masuk
ke rumah itu dan setelah berjanji bersedia membayar dua puluh ringgit setiap bulan dengan waktu
pembayarannya ditetapkan, maka baharullah bilik yang beratapkan zing-zing tong
minyak, daun rumbia dan kulit-kulit kayu balak dengan berlapiskan tikar-tikar
getah yang buruk dan di atasnya pula merayap-rayap liar daun-daun labu yang
segar, berdindingkan kayu-kayu, peti susu,zing-zing tong minyak, kulit-kulit
balak, kadbod-kadbod serta berlantaikan tanah itu menjadi hak milik sewaannya,
tempat mereka berlindung daripada panas dan hujan.”
(Salina, 1980: 2)
Berdasarkan teks di atas, dapat dilihat bahawa
masyarakat pada masa itu sememangnya mengalami kesempitan dan kesusahan hidup.
Mereka sanggup tinggal di rumah yang asalnya hanyalah kandang kambing yang
telah dibesarkan oleh tuannya menjadi sebuah bilik untuk disewa. Kekurangan
bilik atau tempat tinggal pada masa itu menyebabkan mereka tiada pilihan dan
terus menyewa di rumah yang serba serbi tidak lengkap itu. Mereka hanya
menginginkan tempat tinggal yang mampu melindungi mereka daripada panas dan
hujan.
2.
Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin
Memandangkan Perang Dunia Kedua di Singapura ini
memberikan kesan dan masalah yang besar dalam kehidupan masyarakat ketika itu,
menyebabkan berlakunya eksploitasi dan penindasan golongan yang kaya terhadap
golongan miskin. Penindasan ini berlaku hanyalah disebabkan oleh kepentingan
harta dan kesenangan yang ingin dikecapi oleh individu-individu yang tidak
bertanggungjawab. Dalam novel Salina, eksploitasi dan penindasan ini dapat
dilihat dalam teks yang berikut:
“Ohooo,” kata Benggali jaga itu:suaranya besar dan penuh kahak
ditekaknya. “Berapa itu bilik punya sewa sekarang? Apa sudah naik lagikah?”
“Ya. Sekarang lagi sikit naik. Dulu Paliamah lima orang tinggal, dia
punya sewa lapan belas ringgit. Tapi sekarang saya dengan KurupayaSamy kasi
naik lagi. Sekarang dua puluh ringgit satu bulan,” kata pekedai India itu
sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangan seperti
selalu dibuatnya bila bercakap.
“ Alamak, ini Kurupaya banyak cilaka. Sudah banyak wang, sekarang mahu
banyak wang lagi,” kata Benggali jaga itu meludah-ludah sambil pergi duduk pula
dijurinya.
“Berapa itu orang tua kasi wang kopi?”
“Lima Puluh ringgit,” kata pekedai India kurus panjang itu sambil masuk
semula ke dalam kedainya untuk melayan pembeli lain. Selepas itu dia keluar
semula lalu berkata:
“Sekarang lima puluh ringgit orang tak ada kira; orang bayar. Rumah
banyak susah mahu dapat. Seratus ringgit pun orang bayar.”
“Ya, ya itu betul. Tapi gasak
orang miskin punya wang banyak-banyak tak ada baiklah!” kata Benggali jaga itu.
(Salina,
1980: 3)
Berdasarkan teks di atas, dapat dinyatakan bahawa
eksploitasi atau penindasan berlaku terhadap golongan miskin. Walaupun pemilik
bilik sewa itu mengetahui bahawa orang miskin yang menyewa biliknya, namun
disebabkan perasaan tamak dan mementingkan kekayaan menyebabkan dia sanggup
menaikkan harga rumah walaupun rumah atau bilik yang disediakan itu hanya
sekadar kandang kambing. Orang miskin yang menyewa rumah itu pula tiada pilihan
lain memandangkan rumah dan tempat tinggal sukar untuk diperoleh pada masa tersebut.
Mereka terpaksa menerima harga sewaan yang tidak setimpal dengan tempat tinggal
yang dijanjikan.
Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa orang kaya
atau pemilik rumah atau bilik itu telah menindas dan mengeksploitasi orang
miskin yang menyewa rumahnya kerana dia sedar bahawa tindakannya tidak akan
memberikan apa-apa kesan kepadanya memandangkan orang miskin tersebut
sememangnya memerlukan tempat tinggal untuk berlindung. Oleh itu, mereka boleh
melakukan tindakan seperti menaikkan harga sewa rumah dengan sewenang-wenangnya
memandangkan tiada tindakan yang akan diambil daripada perbuatannya.
3.
Kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus manusia terhadap
kebahagiaan duniawi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010:725), keluarga
didefinisikan sebagai seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami, isteri
dan anak-anak. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk memastikan sesebuah
institusi kekeluargaan itu terus bahagia tanpa berlaku sebarang masalah dan
perpecahan. Kadang kala, hanya disebabkan oleh sesuatu yang kecil seperti
hasutan orang mahupun kepentingan diri sendiri menyebabkan sesebuah institusi
perkahwinan itu runtuh. Dalam novel Salina, pengarang juga menunjukkan aspek
kepincangan keluarga akibat daripada sikap rakus manusia terhadap kebahagiaan
duniawi. Berikut merupakan antara teks yang menunjukkan kepincangan keluarga akibat daripada sikap
rakus manusia terhadap kebahagiaan duniawi.
“Bergaduh dengan siapa?”
“Gaduh dengan Narto. Narto bawa wang sikit dah dua tiga hari ni. Emak
marah. Dia mahukan duit lebih banyak lagi. Kata narto beca dah susah nak dapat
sewa sekarang ni. Tak macam dulu, beca sikit. Katanya sekarang teksi dah mula
banyak. Orang lebih suka naik teksi. Sebab itulah susah nak dapat sewa banyak,”
Nadihah menerangkan.
(Salina, 1980: 18)
Berdasarkan
teks di atas, dapat dilihat bahawa Zarina iaitu ibu angkat kepada Narto sanggup
memarahi dan bergaduh dengan Narto hanya kerana Narto tidak memberikan wang
yang banyak kepadanya. Selain itu, Zarina juga sanggup memaki hamun dan
menghalau Narto yang merupakan anak yang telah lama dijaganya hanya disebabkan
oleh harta duniawi. Berdasarkan cerita yang terdapat dalam novel Salina itu,
keadaan keluarga menjadi semakin pincang bukan sahaja disebabkan oleh
kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan. Malah, Zarina juga telah dihasut
oleh Fakar, lelaki yang meminati anak
perempuannya iaitu Nahidah dan merasakan bahawa Narto merupakan batu penghalang
kepadanya untuk mendapatkan Nahidah. Oleh yang demikian, Fakar telah membina
rancangan untuk menghasut Zarina untuk membuang Harto daripada keluarganya agar
rancangannya dapat dijalankan dengan mudah. Disebabkan oleh ikatan kekeluargaan
yang tidak kuat dan utuh menyebabkan Zarina termakan pujuk rayu dan hasutan
Fakar sehinggakan Narto dihalaunya daripada rumah tersebut. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa hanya disebabkan tuntukan duniawi, seseorang itu sanggup
memecahbelahkan keluarganya sendiri.
4.
Kehidupan bersama dan sikap bantu-membantu bagi golongan yang memerlukan
Dalam novel Salina ini, dapat dilihat bahawa Salina
merupakan seorang watak yang memegang watak sebagai pelacur. Walaupun Salina
seorang pelacur, namun dia masih mempunyai sifat yang baik dalam dirinya di
mana dia membantu Hilmy iaitu anak jirannya dalam aspek pelajaran. Walaupun
Hilmy sekadar anak jiran yang dianggap sebagai adiknya, namun dia telah
berusaha membantu Hilmy untuk membiayai pembiayaiannya pelajaran dan bukunya
hanya untuk melihat Hilmy berjaya memandangkan nasib yang dialami oleh Hilmy
sama sepertinya. Berikut merupakan teks yang menunjukkan tentang kehidupan
bersama dan bantu-membantu bagi golongan yang memerlukan.
“ Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus, “kakak akan
tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya,
cakaplah kepada kakak. Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan
banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah.
Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada kakak tolong carikan,”
suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan
bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri,
adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu
dirasakannya akhir-akhir ini.
(Salina, 1980: 84)
Berdasarkan
teks di atas maka jelaslah bahawa Siti Salina sanggup untuk membiayai pelajaran
dan buku Hilmy hanya kerana merasakan bahawa pelajaran itu sangat penting buat
Hilmy. Walaupun pada hakikatnya Siti Salina tidak mempunyai pertalian darah
dengan Hilmu dan Kadijah, namun dia tetap membantu masyarakatnya yang
memerlukan bantuannya. Hal ni juga mungkin disebabkan oleh kesungguhan Kadijah,
emak kepada Hilmy yang bersungguh-sungguh mencari nafkah untuk menanggung
dirinya dan Hilmy serta pelajaran Hilmy.
Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa dalam novel Salina ini
mempunyai kehidupan bersama dan bantu-membantu golongan yang memerlukan.
Inilah antara pemikiran atau mesej dan isi yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam novel Salina. Namun yang demikian, masih
banyak lagi isi dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Oleh yang
demikian , pembaca perlulah menelusuri. Novel ini bagi memperoleh semua isi dan
mesej serta pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
Sekiranya pembaca melakukan pembacaan sepenuhnya, pasti akan memperoleh
pelbagai mesej daripada pengarang yang dapat menjadi panduan dan pedoman dalam
meneruskan kehidupan yang sebenar.
3.2
Nilai
Budaya dan pandangan hidup
Novel Salina yang telah dikaji di karang oleh
A. Samad Said (1980) ini banyak mempunyai nilai Melayu yang tersembunyi.
Malahan, setiap penulisan novel Melayu, mereka kebanyakannya hendak
menggambarkan cara hidup dan pemikiran masyarakat yang melahirkannya dengan
jelas. Dalam novel Salina ini,
terselit nilai budaya Melayu yang tinggi yang ingin disampaikan kepada pembaca
agar pembaca dapat mencontohi nilai tersebut di samping menonjolkan nilai buruk
yang ada dalam watak yang ditimbulkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081),
nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang
lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, mutu, serta taraf. Ini
bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan
sebagainya yang ada pada individu. Menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd,
Rahman Napiah, dan Seri Lanang Hj. Rohani (2015: 125), budaya daripada
perkataan Sanskrit iaitu duddayah yang
merupakan perkataan jamak bagi perkataan buddhi
yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara umumnya, budaya bermaksud segala
sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa Inggeris pula
budaya disebut sebagai culture yang
berasal daripada perkataan Latin iaitu colore
yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Segala sesuatu yang terdapat dalam
sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan
yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali dalam kalangan ahli
antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuan budaya. Selain itu,
budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke
generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.
Terdapat banyak
nilai budaya hidup orang Melayu yang dapat dikenal pasti daripada novel Salina yang dikaji. Nilai-nilai
tersebut ialah baik hati, kemesraan, kasih sayang, belas kasihan,
bertanggungjawab, rajin, nasihat-menasihati, tolong-menolong dan budaya agama
Islam.
1. Baik
Hati
Baik
hati menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) bermaksud suka menolong, mudah
simpati dan pengasih. Nilai ini ditunjukkan dalam novel Salina yang dikaji iaitu seperti contoh berikut:
Pada waktu
berjual-jualan di Sungai Road itulah ayahnya menemui Sunarto yang sedang
menanti-nanti makanan hanyut di Sungai Rochor, di hadapan Sungai Road. Sebelum
itu memang sudah selalu didapatinya Sunarto menantikan makanan hanyut di sungai
itu, dan dia yang sememangnya baik hati
itu, tidak sampai hati melihat Sunarto begitu lalu mengajaknya pulang tinggal
bersamanya. Sunarto mengikutnya dan tinggallah dia bersama-sama dengan Nahidah
dan Mansur.
(Salina, 1980: 144)
Dalam petikan di atas menunjukkan bahawa
ayah Nahidah seorang yang baik hati kerana mengambil Sunarto yang hidupnya
susah dan diperliharanya dengan baik sehingga besar.
2. Kemesraan
Kemesraan
berasal daripada kata mesra yang bererti erat atau karib sehingga kemesraan
bererti hal yang menggambarkan keadaan sangat erat atau karib. Dalam novel Salina yang dikaji kemesraan antara Siti
Salina dan keluarga Hilmy yang baru dikenali. Seperti contoh di bawah;
“Pasal apa mengilai-ngilai?”
katanya sambil senyum bila masuk ke dalam biliknya itu. Sebuah bungkusan yang
dijinjingnya diletakkannya ke atas ambin. Bungkusan itu berisi kain baju.
“Tak ada apa-apa kak: gelihati
dengarkan kisah Hilmy mula-mula masuk sekolah,” kata Siti Salina dalam
ketawanya yang masih bersaki-baki itu.
“Oh, itu,” kata Katijahsambil
menggantungkan selendangnya ke sebatang paku di dinding berhampiran dengan
pelitanya. “Panjang benarlah.”
“Lama dah, kak: dari pagi lagi.”
“Wah! Macam orang dah kenal biasa saja, ya?”
Siti Salina ketawa dan berkata:
“Ya.”
(Salina, 1980: 38)
Dalam petikan di atas, dapat menunjukkan
kemesraan antara Siti Salina dan Hilmy yang baru dikenalinya. Baru sehari Hilmy
dan ibunya berpindah ke situ Siti Salina sudah mula mesra dan berbual panjang
bersamanya. Hal ini menunjukkan Siti Salina sangat mudah mesra dengan orang.
3. Kasih
sayang
Kasih
sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada
seseorang yang lain atau kepada selain manusia, iaitu benda-benda dan makhluk
lain. Kasih sayang ada yang bersifat semula jadi dan ada yang bersifat
mendatang. Dalam novel Salina ini kasih sayang yang digambarkan oleh pengarang
dapat dilihat melalui hubungan kekeluargaan, sebagai contoh:
Kerana dia
terkurung itu maka yang paling dikenalinya semasa kecil-kecil itu hanyalah
adik-beradiknya. Semua adik-beradiknya itu disayanginya
sepenuh hatinya, terutama adik lelakinya yang bernama Wan Abdul Karim.
(Salina, 1980: 116)
Dalam petikan di atas, dapat melihat
Siti Salina seorang yang penyayang dan sangat menyayangi adik lelakinya.
4. Belas
kasihan
Belas
kasihan adalah kebajikan yang dilakukan akibat perasaan simpati dan empati
seseorang terhadap seseorang yang lemah atau sesuatu sama ada perkara mahupun
benda dan sebagainya. Dapat ditunjukkan dalam novel Salina seperti berikut:
Siti Salina
bukan isteri Abdul Fakar; ini diketahuinya mula-mula dari desas-desus yang
didengarinya, kemudian dari mulut Siti Salina sendiri, yang menceritakan
tentang hal itu sepenuh-penuhnya, bila tiada bertahan lagi olehnya seksaan
Abdul Fakar. Pengetahuan ini mengejutkannya benar-benar pada mulanya, dan
menimbulkan rasa jijiknya terhadap Siti Salina dan Abdul Fakar. Tetapi sesudah
mengetahui kedudukan hal yang sebenarnya maka mulalah dia merasa belas kasihan kepada Siti Salina-Siti
Salina sahaja!
(Salina, 1980: 103)
Dalam petikan di atas menunjukkan bahawa
Hilmy mempunyai rasa belas kasihan kepada Siti Salina kerana terpaksa hidup
susah dan memelihara Abdul Fakar setelah mengetahuinya daripada penyataan Siti
Salina sendiri.
5. Bertanggungjawab
Bertanggungjawab
bermaksud tugas yang mesti dilaksanakan atau dalam kata lain bertanggungjawab
bererti kewajipan seseorang terhadap sesuatu. Dapat ditunjukkan dalam novel Salina yang dikaji seperti berikut:
Selama ini apa
yang kurang bagi Abdul Fakar? Dia berfikir. Tidak ada. Boleh dikatakan semuanya
cukup. Dan kalaulah ia menjadi seorang suami dan Abdul Fakar menjadi isterinya,
maka tentulah syaratnya sebagai seorang
suami telah cukup. Mengapa tidak, kalau semua sudah dibelikannya-semua makanan dan pakaiannya- dan menambahkannya lagi dengan wang sebanyak lima ringgit setiap hari,
dan memberikannya pula santapan batin
dengan tidak lokek-lokek. Apakah semua itu tidak memenuhi syaratnya sebagai
seorang “suami”, kalau dia lelaki? Fikirnya.
(Salina, 1980: 100)
Dalam petikan di atas menunjukkan
tanggungjawab yang dimainkan oleh Siti Salina terlalu cukup sempurna jika dia
seorang lelaki yang bergelar suami. Semua keperluan isterinya pasti telah
ditunaikan dengan sebaik mungkin. Ini menggambarkan Siti Salina seorang yang
bertanggungjawab.
6. Rajin
Rajin
ialah melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Selain itu, rajin
juga bermaksud suka melakukan sesuatu dengan selalu atau kerap. Dapat
ditunjukkan dalam novel Salina yang dikaji iaitu seperti berikut;
“Mula-mulanya
Hilmy sendiri tak tahu bagaimana endak hantar surat kepada mak. Hilmy takut mak
susah hatai lalu Hilmy hantar sajalah kepada Idah. Untung dia rajin menjawab,”
kata Hilmy mengangkat tempat bara untuk mengasapi rumahnya.
“Dia memangnya rajin. Budaknya pun baik.
A, a, jangan angkat tempat bara tu. Minum kopi ni dulu,” ibunya menyuruh sambil
menghulurkan kopi kepada anaknya itu.
(Salina, 1980: 254)
Dalam petikan yang ambil menunjukkan
Khadijah memuji Nahidah seorang yang rajin. Hal ini kerana Nahidah rajin
membalas surat kepapa Hilmy disamping rajin melakukan kerja rumah dan juga
bekerja untuk memenuhi kehendak ibu tirinya itu.
7. Nasihat-menasihati
Nasihat
ialah bimbingan serta didikan baik terhadap seseorang tanpa mengira bentuk
bimbingan dan tunjuk ajar. Dalam novel Salina ini juga mempunyai nilai
nasihat-menasihati, antaranya:
“Fasal apa aku
mesti mengaku? Memang dia yang salah. Aku
nasihatkan dia; dia marah,” kata Abdul Fakar.
“Kau Nasihatkan
apa?”
“Nasihatkan dia
supaya jangan main-main mata dengan Nahidah, sebab Zarina bencikan dia”
“Oho, kau
nasihatkan orang, ya? Aduuh, baiknya. Hai kawan:sedarklah hendaknya. Sepatutnya
kau tu yang patut terima nasihat orang. Kenapa kau yang bersusahpayah
menasihatkan orang?”
(Salina,
1980: 93)
Dalam
petikan di atas menunjukkan Abul Fakar menyatakan bahawa beliau menasihati
Sunarto supaya jangan bermain mata dengan Nahidah. Sedangkan menurut Mansur
Abdul Fakarlah yang perlu diberi nasihat kerana hidupnya bergelumang dengan
dosa dan maksiat.
8. Tolong-menolong
Mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat, tolong bermaksud membantu dan saling membantu.
Selain itu, bermaksud dapat meringgankan beban, penderitaan, dapat menyembuhkan
daripada penyakit, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan banyak lagi. Dalam
novel Salina ini banyak nilai tolong-menolong yang digambarkan oleh pengarang,
antaranya ialah:
Wang simpanannya
dengan Khadijah selama itu- selama beberapa bulan itu- diambilnya dan
diberikannya kepada Khadijah seratus ringgit. Khadijah enggan menerima wang
yang sebanyak itu, kerana selama ini pun Siti
Salina banyak menolong bukan sahaja dengan wang keperluan sehari-hari, wang
pembelian ubat, tetapi juga wang persekolahan dan buku-buku Hilmy. Pengorbanan
yang sebanyak itu dirasakannya sudah dari cukup.
(Salina, 1980: 365)
Dalam petikan di atas menunjukkan Siti
Salina dan Khadijah saling tolong-menolong. Siti Salina suka menolong keluarga
Khadijah dan telah menganggap Hilmy sebagai adiknya sendiri.
9.
Budaya
Agama Islam
Dalam novel yang dikaji terdapat unsur
budaya agama Islam yang diterapkan oleh pengarang antaranya adalah seperti
berikut:
Masjid
di Jalan Sultan itu ialah masjid yang didirikan dan dijagai oleh orang-orang
Malbari. Masjidnya kecil sahaja dan di belakangnya ialah kubur. Tiap-tiap tahun
bila tiba masa Maulud Nabi, di
masjid itu diadakan jamuan besar nasi
beriani untuk orang ramai. Pada
bulan puasa pula di masjid ini dibahagi
bubur kepada orang ramai-kebanyakannya kanak-kanak. Pada waktu siang,
terutama di waktu bulan puasa, ia menjadi tempat orang sembahyang dan tempat tidur! Dan malamnya juga ia menjadi
tempat perlindungan bagi beberapa orang ‘Musafir’
atau beberapa orang yang sengaja hendak tidur di rumah suci itu.
(Salina, 1980: 213)
Berdasarkan petikan yang diambil, budaya agama Islam
ditunjukkan dengan gambaran keadaan masjid sewaktu tiba Maulud Nabi disambut
dengan meriah dengan diadakan jamuan besar. Selain itu, bulan Ramadan pula
diberikan bubur kepada orang ramai menunjukkan budaya Islam yang sememangnya
indah dan diamalkan dalam masyarakat pada zaman tersebut.
Maksud pandangan
hidup secara umum menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan
Seri Lanang Hj. Rohani (2015: 126) ialah satu konsep mengenai pandangan hidup
alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu. Manakala pandangan
hidup daripada perspektif Islam pula menurut Syed Naquib al-Attas (1972) dalam
Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd, Rahman Napiah, dan Seri Lanang Hj. Rohani
(2015: 125), ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari
mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Setiap masyarakat selalu
memiliki pandangan hidup tersebut, begitu juga dengan masyarakat Melayu. Pandangan
hidup yang digambarkan pengarang dalam novel
Salina ialah adat berumah tangga.
1.
Pandangan
hidup terhadap rumahtangga
Pandangan hidup terhadap alam berumah
tangga yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam novel Salina ini dapat
dilihat melalui petikan berikut:
Dia
menerangkan selanjutnya tentang pandangannya mengenai rumahtangga. Katanya dia
sudah melihat sendiri beberapa rumah tangga didirikan orang. Kebanyakannya
mendirikannya itu semata-mata kerana merasa rumah tangga harus didirikan, sama
ada yang merasa ini pihak ibu bapa atau pun anak-anaknya yang muda itu sendiri.
Perasaan sahaja belumlah mencukupi.
Anak-anak mentah juga mempunyai perasaan itu waktu masih kanak-kanak mereka
bermain “kahwin-kahwin” Rumah tangga meminta lebih dari itu. Rumah tangga meminta pengorbanan dari kedua-dua pihak
yang mendirikannya. Kesedaran ini
harus ada dulu. Dan orang yang mendirikannya harus juga ada cita-cita yang sihat menuju hidup dan melanjutkan kehidupannya.
Pengertian tidak harus terbatas kepada “sayang-menyayang” melulu. Rumah tangga,
perjuangan. Perjuangan menandakan hidup.
(Salina,
1980: 282)
Petikan di atas menunjukkan pandangan
Nahidah terhadap kehidupan berumah tangga yang dilihat melalui perkahwinan
orang lain. Perkahwinan yang dibina perlulah disertakan dengan pengorbanan dan
kesedaran bukan hanya sekadar perasaan sayang sahaja. Selain itu juga Nahidah
menggambarkan rumah tangga sebagai perjuangan untuk hidup.
3.3
Nilai
Ilmu
Terdapat
dua nilai ilmu di dalam novel yang dikaji iaitu ilmu memikat dan ilmu berbudi
bahasa.
1. Ilmu
memikat
Novel Salina karya
A.Samad Said merupakan novel yang melibatkan kaum hawa dalam mempertahankan
hidup meskipun dalam bidang yang sering dipandang serong dalam kalangan
masyarakat. Penulis turut memasukkan unsur pemikat atau ilmu memikat yang
dilakukan oleh Salina untuk menggoda teman lelakinya Abdul Fakar. Antara aspek
ilmu memikat adalah seperti di bawah:
Di waktu sarapan pagi dia duduk melayan
di sebelah Abdul Fakar. Dia melayannya
dengan lemah lembut, dan kalau perlu, ini selalu diajaknya Abdul Fakar bergurau sekali biar selera itu “terbuka”.
Dan kalau Abdul Fakar ‘malas makan’-ini selalu disengajakan oleh Abdul Fakar-
dia akan menyuapkan makanan-makanan
itu; didekatkannya makanan itu ke mulut Abdul Fakar dan bila Abdul Fakar menggeleteknyya. Dan dia ketawa manja. Dan selalunya sarapan pagi
itu tidak akan “ sempurna” bukan makanan tapi sulaman gurauannya itu tidak sampai ‘meliar-liar’… sehingga makan
pagi itu lebih sesuai benar kalau terpanggil “makan bergurau” sahaja.
( Salina, 1980 : halaman 101)
Berdasarkan petikan pada
halaman di atas, Salina merupakan watak yang sangat bijak dalam ilmu memikat.
Ilmu memikat atau melayan ini ditujukan kepada Abdul Fakar iaitu kekasihnya
yang bersekedudukan dengannya . Ilmu memikat dan melayan ini merupakan ilmu
yang sangat diperlukan dalam kerjaya Salina sebagai pekerja kelab dan pelayan.
Dalam ilmu memikat, Salina perlu pandai melayan dan berifat lemah lembut, dan
bergurau manja. Dalam petikan di atas, Salina akan melayan Abdul Fakar dan
menyuap makanan-makanan yang dikehendaki oleh Abdul Fakar. Ilmu memikat Salina
sering dipandang serong oleh masyarakat Kampung Kambing.
2. Ilmu
budi bahasa
Di
dalam novel Salina, penulis turut
memasukkan ilmu budi bahasa. Ilmu berbudi
bahasa
ini sewajarnya diketahui dalam masyarakat setempat terutamanya kaum Melayu tentang etika dalam berbahasa.
Antara bukti yang menunjukkan ilmu budi bahasa adalah seperti di bawah :
Sewaktu di kampungnya dahulu ayahnya sendiri sering bercerita kepadanya
tentang budibahasa. Walaupun di masa itu tidak diketahuinya sungguh-sungguh
apa sebenarnya budibahasa itu dalam ertikata yang mendalam tetapi kata-kata
ayahnya “Budi baik orang jangan kau
lupakan sampai bila-bila” itu tetap semarak dalam hatinya.dan kata-kata
yang semarak itulah yang menghalangnya meninggalkan keluarga Zarina-
‘Keluarga’nya!
“ Ya, budi baik orang tak boleh kulupakan sampai bila-bila”, bisik
Sunarto di dalam hatinya.
(Salina, 1980 : halaman
42)
Berdasarkan
halaman dan petikan di atas, Sunarto sering mengenangkan nasihat arwah ayahnya
tentang ilmu budi bahasa. Ayahnya sering menasihati supaya Sunarto sentiasa
bersangka baik dengan orang terutamanya budi baik orang terhadap dirinya
sendiri. Melalui nasihat dan pesan arwah ayahnya tentang budi bahasa, Sunarto sentiasa
bersangka baik dengan keadaan sekeliling walaupun sentiasa mempunyai krisis bersama Zarina sekeluarga.
3.4
Teknik
Kepengarangan dan Nilai Estetika
Sebuah karya yang baik
ialah elok ciptaannya, tinggi seninya dan halus adunannya. Apabila kita membaca
perasaan kita akan turut digoncangnya. Hasil daripada pembacaan, pembaca
mendapat pemikiran yang tinggi atau falsafah tentang hidup. Pembaca dipintarkan
olehnya, bukan digeruni atau dimarahi. Sebuah karya sastera yang berestetika
mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca. Rasa keindahan juga
berkait rapat dengan kemampuan sesebuah teks bagi menimbulkan perasaan pembaca
seperti perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya.
Aspek teori keindahan
dan estetika sangat kuat untuk dibincangkan. Dalam bidang penulisan novel,
keindahan ini dapat ditemui dalam Salina memaparkan keindahan
kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan masyarakat, sarat
dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah. Keindahannya terletak
pada tema, persoalan, watak dan perwatakan yang hidup dan lincah, plot, latar
masyarakat, nilai dan pengajaran yang disampaikan.
Peristiwa-peristiwa
pula terbina dan tersusun dalam cara yang penuh dengan daya ketegangan melalui
penggunaan teknik-teknik lintasan kembali dan imbas muka yang silih berganti. Demikianlah
maka Salina dikatakan telah
memberikan arah terbaru dalam perkembangan yang pelbagai dalam teknik-teknik
moden; ia berhasil memperlihatkan sesuatu perubahan dan penyimpangan yang
radikal terhadap struktur penciptaan novel-novel Melayu.
1. Watak dalam realiti
hidup pengarang
Kekuatan
novel salina terletak pada kemampuan
pengarangnya memberikan pelukisan yang terperinci dan hidup terhadap watak yang
terlibat dengan peristiwa serta suasana yang melingkunginya. Ini berjaya
dilakukan oleh adanya penggunaan teknik yang berkesan dalam aspek-aspek dialog,
lintasan kembali dan imbas muka.
Watak dalam novel ini
lebih 20 orang dan ianya sukar ditandingi oleh novel lain pada ketika itu.
Walaupun Salina mengangkat kelompok
watak, dari segi watak dan perwatakan,
watak Siti Salina dan Nadihah merupakan dua titik yang penting dalam
perkembangan plot. Kompleksiti
penampilan watak dalam karya ini dapat dilihat dari segi perkembangan plot
dalam 34 bab dengan mengemukakan berbagai-bagai teknik yang menarik. Hampir
semua wataknya terdiri daripada orang kecil yang mencari kehidupan sebagai
pembasuh kain, pelayan, pengayuh beca, penganggur, bekas kelasi, dan pelacur.
Dalam konteks selepas perang, novel ini mengemukan kehidupan watak mangsa
perang di pinggir kota Singapura.
Novel ini mengangkat
masalah hidup selepas perang itu di Singapura paling menonjol nasib watak yang
dikelompokkan mengikut umur, iaitu wanita dewasa diwakili Katijah,
Zarina,Salina, dan Nahidah. Katijah berusia 40-an, ibu tunggal selepas suaminya
mati dalam perang itu. Dia hidup bersama-sama anaknya, Hilmy berusia 18 tahun
yang masih bersekolah Inggeris di Victoria School. Dia juga pernah bersekolah
Melayu Kota Raja sehingga berpindah ke sekolah Inggeris Monk’s Hill. Latar
persekolahan Hilmy ini sangat mirip dengan persekolahan pengarang sendiri.
Malah, watak Katijah itu merupakan model yang banyak persamaan sifat ibunya
sendiri.
2.
Teknik imbas kembali
Eksposisi atau pendedahan watak pada permulaan plot cerita atau
Bab 1 yang mula menonjolkan Hilmy, Katijah, Siti Saleha dan Haji Karman. Dalam
beberapa bab seterusnya sorotan latar belakang watak itu dengan watak-watak
lain, seperti Siti Salina digambarkan melalui teknik imbas kembali (Bab 10)
iaitu;
Di antara adik
beradiknya itu Siti Salinalah yang
tertua. Adiknya, tiga orang,
masing-masing termuda setahun-setahun sahaja di antara satu dengan yang lain.
Walaupun Siti Salina lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya, tapi dia lebih menyayangi ayahnya, kerana ibunya
bukan ibunya yang sebenar. Ibunya yang sebenar sudah tiada sejak umurnya
masih enam bulan lagi. (Adiknya-adiknya adalah hasil perkahwinan ayahnya dengan
isterinya yang baharu itu).
(Salina,
1980: 116)
Pengarang menggunakan teknik imbas kembali
terhadap perwatakan Salina. Salina digambarkan mempunyai empat orang
adik-beradik dan dia merupakan yang paling tua (anak sulung). Salina juga telah
kematian ibunya sejak dia masih enam bulan dan mempunyai seorang ibu tiri.
Walau bagaimanapun, Salina lebih rapat dengan ayahnya kerana ibunya itu merupakan
ibu tiri. Dalam teknik ini juga turut diceritakan latar pendidikan Salina dan
bibit-bibit percintaannya dengan Muhammad Yusup. Selain itu, latar belakang watak Razman (Bab 8), Nahidah dan
Sunarto (Bab 12), Haji Karman (Bab 16), Mansur (Bab 17) Hilmy (Bab 19) dan
Zarina (Bab 20) turut digambarkan melalui teknik imbas kembali.
3. Teknik Monolog
Dalam
monolog dalaman yang turut diturutkan, terdedah dengan adanya peribadi dan
konflik watak di samping membina peristiwa-peristiwa tertentu yang dialami
watak. Misalnya Sunarto yang mula didedahkan dengan parangai sebenar Zarina dan
konflik yang berlaku antara mereka.
“Kenapa Zarina
mesti begitu terang-terangan benar menghalaunya? Pertanyaan itu selalu
menjenguk-jenguk di kepala Sunarto. Dahulunya tidak begini. Sekarang Zarina
begitu berani. Mengapa demikian? Apakah sudah dirasanya bahawa tanpa Sunarto
dia boleh hidup juga senangnya? Fikir Sunarto…”
(Salina,
1980: 65)
Pengarang
menggunakan teknik monolog untuk menimbulkan pertanyaan dalam diri Sunarto juga
kepada diri pembaca. Pertanyaan demi pertanyaan timbul disebabkan sikap yang
ditunjukkan oleh Zarina terhadapnya. Malah tiada jawapan diberikan kerana ianya
adalah monolog dalaman yang dihadapi oleh watak itu sendiri dan perlu diselidik
jawapannya secara sembunyi-sembunyi. Kemungkinan jawapan yang dicari ada pada
bab yang berikutnya.
4.
Teknik Dialog
Kekuatan
novel salina terletak pada kemampuan pengarangnya memberikan pelukisan yang
terperinci dan hidup terhadap watak yang terlibat dengan peristiwa serta
suasana yang melingkunginya. Ini berjaya dilakukan oleh adanya penggunaan
teknik yang berkesan dalam aspek-aspek dialog. Dialog diadakan untuk berfungsi
dalam pelbagai hal, iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan sikap watak
serta menonjolkan tema. Dialog antara Zurina dan Nahidah menjelaskan sikap
materialistik Zarina yang sanggup menggadaikan maruah Nahidah yang mempunyai
modal kecantikan untuk mendapatkan kesenangan.
“idah
tak suka, idah tak suka”
“idah tau emak bergantung pada Idah,
kan? Idah mesti kasihankan emak… dulu emak pernah jadi pelayan. Betapa senang
emak. Makan senang, duit senang, kain baju senang…
(Salina, 1980: 251)
Dalam dialog ini
Nahidah keras menentang pekerjaan yang sedang dilakukannya, dia juga turut
menolak kehendak ibunya. Walau bagaimanapun, ibunya memujuknya
bersungguh-sungguh dengan menceritakan kisah silamnya yang mudah mendapat apa
yang dikehendaki dengan hanya berkerja sebagai seorang pelayan. Tujuannya tidak
lain tidak bukan hanya untuk mempengaruhi Nahidah supaya sependapat dengannya
dan mengikut segala arahannya.
5.
Emotif
Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai antaranya sayang, suka.
duka, dan benci. Diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat mahupun wacana.
Misalnya emotif benci:
“kalaulah saya kak Inah, heh, saya
buang saja orang yang semacam itu. Tak mahu saya menjaganya begitu; buat
apa dilemak-lemakkan orang yang malas kerja? Kita bodoh sendiri!” Kata Nahidah,
menampakkan geramnya.
(Salina,
1980: 23)
Nahidah menyatakan kebenciannya terhadap sikap Abdul Fakar yang
mengambil kesempatan terhadap kebaikan Siti Salina. Selain itu, sikap Abdul
Fakar yang hidung belang amat menganggu ketenteraman hidup Nadiah.
6.
Perlukisan Gambaran
yang Jelas
Perlukisan adalah
gambaran pengarang tentang sesuatu keadaan, peristiwa, aksi dan emosi dalam
wacana secara jelas. Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk
melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya:-
“betullah. Ha, itu pun dia pokok cempedaknya. Di belakang tulah biliknya,” jawab orang tua itu
terbatuk-batuk sambil menunjukkan ke pokok
cempedak yang beberapa biji buahnya bersalut dengan kertas kuning kotor-kotor;
buahnya yang bersalut, yang jelas kelihatan, empat biji kesemuanya.
(Salina, 1980: 1)
A.Samad Said telah
melukiskan gambaran pokok cempedak yang dinyatakan oleh orang tua supaya Katijah dan Hilmy yang baru sampai ke rumah sewa
itu tidak tersalah lihat kedudukan rumah yang bakal mereka duduki.
7.
Simbolik
Mesej
bersifat simbolik yang berupa kiasan kepada sesuatu benda. Simbol bersifat
individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. Pernyataan secara
simbolik ini, ditegaskan secara lebih serius bagi menunjukkan maksud.
”Dia tahu apa yang dikatakan oleh Katijah itu
semata-mata, hendak menyelamatkan dirinya dari ‘parasit
manusia’ itu. Dia diam sahaja
mendengarkan:..”
(Salina,
1980: 122)
Berdasarkan petikan yang dipetik daripada novel Salina. Siti Salina menggelar Abdul Fakar sebagai ‘parasit manusia’
kerana sikap Abdul Fakar yang jahat dan suka mengambil kesempatan terhadap
orang lain terutamanya Siti Salina.
8. Personifikasi
Unsur yang menggunakan
kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan
sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang
berkaitan. menjadikan benda atau binatang seolah-olah
manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada
benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah,
Orang tua ini
terbatuk-batuk sewaktu turun dari lori buruk yang masih lagi mengigil-gigil enjinnya itu.
(Salina,
1980: 1)
Pengarang memberikan sifat
manusia yang mengigil-gigil terhadap enjin. Sifat mengigil-gigil merupakan
sifat manusia yang tidak ada pada benda. Oleh itu, pengarang menggunakan unsur
personifikasi untuk menyatakan perkara tersebut.
9.
Simile
Simile
merupakan bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya sastera.
Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang
hampir sama. Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana
disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai.
Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud
pengarang. Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan
manusia atau kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. Contoh
penggunaan simile dalam Salina ialah,
“Tidak , jawab Siti Salina di dalam hatinya
saja”Tidak. Abdul Fakar tak boleh diharapkan. Dia hanya tau menghisap darah
sahaja. Dia macam lintah!”
(Salina, 1980: 122)
1 Ironi
Bahasa sindiran yang
halus tetapi mempunyai makna yang tajam. Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya
yang disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam
sindirannya. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya.
Digunakan dalam percakapan antara dua pihak.
Siti
Salina ketawa juga. Tapi kali ini dalam ketawanya itu dia menjawab “Ai,
itulah dia tuanku Abdul Fakar yang tidak berguna satu sen tu!”
(Salina, 1980: 46)
Salina menggelar
Abdul Fakar sebagai tuanku kerana ingin menyindir sikap Abdul Fakar yang hidup
selesa ditanggung oleh Salina. Walau bagaimanapun, dia langsung tidak berguna
kepada Siti Salina.
Seorang pengarang perlu mempunyai
pengalaman artistik dan berharga kerana ia akan mempengaruhi daya
kreativitinya. Pengalaman diperoleh melalui bayangan, ingatan, kutipan,
pengaruh, pembacaan, pemerhatian, pengamatan, kajian dan penyelididikan dan apa
sahaja unsur yang hadir termasuk yang bersifat konseptual dan kontekstual.
Pengumpulan bahan dalam aspek kehadiran penting kerana ia menjadi asas
penulisan. Prinsip kehadiran mengandungi tiga persoalan iaitu apakah
fakta-fakta yang hadir dan dari mana kehadirannya dalam teks tersebut dan
bagaimana fakta-fakta itu hadir dalam teks tersebut dan apakah kesan kepada
kehadiran fakta tersebut kepada teks dan khalayak pembaca.
Pengarang dan teks tidak hanya harus
inovatif dan melakukan pembaharuan, tetapi juga pengukuhan. Pengukuhan dalam
karya ialah sejauh mana pengarang mencuba untuk membawa pembaharuan terhadap
karya-karya yang dihasilkan. Pembaharuan bukan sahaja merujuk kepada sesuatu
konsep itu diterapkan tetapi juga sejauh mana tahap kematangan yang digunakan dalam karya pengarang itu. Pengarang tidak
akan membiarkan dirinya berada terus menerus di bawah teks yang lemah. Keadaan
ini akan menyebabkan berlakuknya proses
pembinaan teks yang unggul (Mana, Sikana 2006). Keinginan mendengar
cerita-cerita, kehadiran peperangan dan kehadiran tokoh-tokoh penggalak. Tiga
perkara yang dihadirkan ini sangat penting membantu mengolak keinginan,
kesedaran dan potensi A.Samad Said dalam pengolahan karya kesusasteraan.
1. Keinginan
mendengar cerita
Keinginan mendengar
cerita merupakan daya esensi yang menggerakkan tanda-tanda kemahuan diri dan
minat A.Samad Said terhdap karya kesusasteraan. Menurut A.Samad Said, Ibunya
ialah pencerita yang paling akrab dan paling hampir dengan diri A.Samad Said.
Menurut A.Samad Said lagi, cara ibunya bercerita, niatnya bercerita dan isi
cerita itu sendiri telah mendekatkan dirinya kepada satu kecenderungan atau habit yang rupa-rupanya secara diam-diam
meresap dan menumbuhkan bakat penulis (A.Samad Said, 1987:1).
2. Kehadiran
peperangan
Titik mula penglibatan A.Samad Said
dalam penulisan dapat disusuri daripada kesan pengalaman hidup yang musnah
akibat peperangan. Keburukan perang tidak sekadar meninggalkan kemusnahan dan
kehancuran harta benda dan kedamaian, tetapi bagi diri A. Samad Said, perang
juga telah meninggalkan kesan yang sangat tragis dalam naluri kemanusiaannya.
Kata A.Samad (1987);
“Segala
pendertiaan, kehalobaan dan kecurangan yang saya alami, malah yang saya alami
sendiri, tidak terkikis beberapa lama dalam karya-karya saya. Barang kali
kerana terlalu kuatnya kesan itu, sehingga secara naluriah atau dianugerahi
saya terdaya menyudahkan Salina dalam
masa dua bulan”
Bagi
A.Samad Said, kehadiran perang menjadi sumber terpenting kepada penglibatan
dirinya dalam bidang penulisan novel, drama dan puisi, meskipun peperangan
tidak lagi menjadi rencah pengkaryaannya. Namun pengalaman hidup dalam perang
telah memusatkan perhatian dan minda sedar A.Samad terhadap kesediaannya
menggagahi Salina yang membuka ruang khalayak memahami kehidupan
masyarakat Melayu ketika itu dan sikap A.Samad sendiri terhadap masyarakatnya.
Pengalaman ini adalah pengalaman langsung dirinya sebagai mangsa perang itu.
Pengalaman ini menurut Hasan Langgulung (1991) menunjukkan wujudkan
kawasan-kawasan yang kadang-kadang jiwa sedar menonjol sebagai pusat sahsiah,
iaitu si Aku. Si Aku dalam konteks ini dapat dihubungkan secara langsung dengan
diri A.Samad itu sendiri.
Kehadiran
perang mengumpulkan pengalaman yang banyak pada diri A.Samad Said, dan
pengalaman itu kemudiannya diolah semula dengan diberi gambaran realistik dalam
novel Salina. Watak-watak ciptaanya pula terdiri daripada mangsa-mangsa perang
yang hidup penuh kecewa dan derita dalam arus kehidupan yang daif (Sarah Sadon,
2004:xv).
3. Menemui
diri
Tidak jelas, tempoh yang setepatnya
A.Samad Said benar-benar menyedari bahawa dirinya memiliki kekuatan sendiri.
Pembangunan kreativiti dalam diri A.Samad Said bergerak ke depan dan sentiasa
maju. Ibarat kemajuan negara membangun yang rancang dengan pembangunan selepas
merdeka. Ibarat cendawan yang tumbuh setelah turunnya hujan, sangat
menggalakkan. Namun, dalam waktu yang sarat idea itu, A.Samad Said mula
memikirkan prinsip diri. Setelah
menentukan landasan pengkaryaan, A.Samad Said mula menggerakkan perjalanan
seninya sebagai seorang penulis dengan sebuah pengembaraan kreatif yang besar
maknanya menerusi sebuah novel berjudul Salina. Terhasilnya Salina,
bererti juga beliau telah mampu membebaskan diri daripada bayangan idolanya.
A.Samad Said mampu berdiri sebagai seorang penulis yang memiliki cerita
sendiri, lahir dari kreativiti diri yang benar dan tersendiri, bukan yang
diciplak atau ditiru dari penulis-penulis yang dipujanya sebelum ini. Oleh itu,
kata A.Samad Said (1987:42):-
“Saya
sudah dapat menapis cerita terlepas dari cerita Batu Belah Batu Bertakup, terlepas dari pengaruh Di Bawah Lindungan Kaabah dan
terlepas juga dari The Pastures of
Heaven. Saya mempunyai cerita sendiri, yang ditapis dari awan-awan yang terapung,
diperkuat dari khazanah pengalaman keluarga dan diri sendiri, dan diperkukuhkan lagi oleh penyelidikan dari
buku-buku atau perdebatan. Inti
cerita nya memang sudah ada, tapi di samping itu semak samun sekitarnya masih juga banyak, kabus
masih menyerkupnya sehingga kalau ditulis
di waktu itu juga cerita saya itu tentu akan merempat ke sana sini. Saya
ingin cari relnya dulu. Itu
azam pertama”
4. Memperkukuhkan
keperibadian sebagai penulis
Novel Salina membuka dan
membongkar segala perit getir pengalaman hidup manusia Melayu yang terjepit
dalam kerosakan masyakarat akibat perang. Desakan pengalaman dan kecenderungan
kepada cerita-cerita yang pernah didengar sebelum ini (lihat A.Samad Said,
1987:50). Pengalaman hidup dalam masyarakat yang hancur kerana perang
menghidupkan gerak jiwa dan kreativiti seninya untuk menulis. Menurut A.Samad
Said (1987:42):-
“Pengalaman selepas perang Dunia Kedua
masih hangat lagi setahun selepas saya berhenti sekolah terlalu mudah untuk
saya menarik apa sahaja khazanah pengalaman di masa itu. Tidak sahaja, bayangan
setengah-setengah tempatnya boleh saya pinjam di sana sini…. Saya tidak payah
terlalu berangan-angan atau berkhayal-khayal”
Novel
Salina memberi banyak kefahaman kepada diri A.Samad sendiri. Beliau
menjadi lebih faham, lebih rasional, lebih analitis dan lebih edukatif. Beliau
lebih faham persekitaran yang boleh mendokong kejayaan proses penghasilan
karya, lebih rasional dan analitis memilih, menolak dan menyanggah idea, lebih
edukatif kerana mendapat kritikan pelbagai pihak atas karya novelnya.
Kritik-kritik terhadap Salina memberikan saya banyak pelajaran lanjut
tentang penulisan novel (A.Samad Said,1987:59). Kritikan oleh beberapa orang
tokoh besar ketika itu seperti Syed Husin Ali dan Kassim Ahmad memberi suntikan
baharu yang membentang lebih luas ruang untuk A.Samad Said menerokai dunia
penulisan yang lebih mencabar. Kritikan-kritikan seperti ini mendorong saya
untuk meneliti Salina dan walaupun saya tidak menerima sebahagian
besarnya, tetapi saya percaya memang ada baiknya jika dapat dilahirkan sebuah
novel yang tidaklah perlu tebal kerana semata-mata ingin menjadikannya tebal (A.Samad
Said,1987:60).
Tidak
hanya kritikan positif, Salina turut menerima kritikan negatif, terutama
oleh sarjana Melayu sendiri seperti Mohd Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd
Tahir dan Zariat Mohd Rani. Kepelbagaian jurus pandangan yang sangat variasi sifatnya
membuka ruang luas argumentasi tentang novel ini. Malah, akhir-akhir ini, ada
suara yang terkedengaran supaya penilaian yang diberikan terhadap Salina dikaji
semula. Dengan tidak hanya mengambilkira persoalan kritikan terhadap tekstual Salina,
Salina itu sebenarnya telah berjaya menempatkan A.Samad Said pada
landasan (rel – istilah A.Samad Said sendiri) pengkaryaan yang makin
terbuka dengan daya kreatif yang makin tinggi dan kematangan minda yang tahan
diuji.
Pengalaman
yang ditempuh A.Samad Said lebih menampakkan suatu penurasan daripada peringkat
kehadiran. Pada peringkat kehadiran, pengukuhan dan keunggulan, aspek- aspek
yang telah dilalui oleh A.Samad Said daripada hanya seorang anak sebuah keluarga
yang terkesan dengan peperangan, kemudian menjadi seorang pendengar cerita
lisan yang setia, pembaca buku yang tekal minatnya hinggalah menjadi novelis,
penyair, cerpenis dan akhir dianggap sebagai Sasterawan Negara. Hal ini
menunjukkan menunjukkan sifat dan keperibadian, kepengarangan dan pengiktirafan masyarakat terhadapnya
membuktikan A.Samad Said dan karyanya sebagai telah mencapai tahap
keunggulannya.
44.0 Kesimpulan
Novel Salina merupakan sebuah karya moden yang
telah mengangkat nama sasterawan negara iaitu A. Samad Said. Penulisan novel ini menarik
perhatian pembaca melalui teknik penceritaan yang tersusun. Kepelbagaian penggunaan
teknik cerita mewujudkan situasi sebenar. Banyak teladan dan maklumat dapat
diketahui mengenai masyarakat yang mengalami kesusahan selepas berlakunya
perang dunia kedua. Selain itu, novel ini dapat diangkat menjadi karya agung
kerana memenuhi ciri-ciri karya agung sebagai contoh mempunyai mesej dan
falsafahnya, mempunyai nilai budaya dan pandangan hidup, mempunyai nilai ilmu,
kepengarangan yang tersendiri dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Oleh
itu, karya sebegini perlu diangkat agar karya-karya yang mempunyai nilai yang
banyak terus dipergiatkan penulisannya agar lebih banyak karya agung dapat
dihasilkan.
Rujukan
A
Samad Said (1980). Salina. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
A.Samad Said. 1987. Dari Salina
Ke Langit Petang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Langgulung. 1991.
Kreativiti dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd,
Rahman Napiah, dan Seri Lanang Hj. Rohani (2015). Modul Karya Agung Melayu BMS3022. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Rosnah Baharudin (2012). Biografi
A. Samad Said: Memberi hati nurani. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad.
Sarah Sadon. 2004. Koleksi
Terpilih Sasterawan Negara A.Samad Said. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. ia banyak membantu sya dalam kajian..
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ini. Ia amat membantu saya bagi menghasilkan tugasan.
ReplyDeleteNamun, boleh saya bertanya tentang kelebihan dan kekurangan novel ini?
salam cikgu. nak bertanya, pada bahagian sinopsis "Tidak lama kemudian, Hilmy cuba menjejaki Salina di Kuala Lumpur tapi diberitahu oleh Mansur yang Salina sudah pulang ke Singapura.
ReplyDeleteAbdul Fakar belayar kembali kerana dia gagal mencari Salina. Dia baru mengetahui bahawa Salina betul-betul sayangkan dia setelah di tipu oleh perempuan joget. Hilmy kembali ke Singapura untuk bertemu Salina". siapa yang sebenar menjejaki Salina? Abdul Fakar atau Hilmy?
Salam, izikan saya sekiranya penulisan ini dijadikan sebagai rujukan.. ya terima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini - saya mohon olah semula untuk FB saya
ReplyDelete